KUALA NERUS: Desas-desus mengaitkan pertahanan tengah kelahiran Belanda, Matthew Steenvoorden, dengan Terengganu FC (TFC) berakhir apabila pemain itu sah bersama skuad Penyu. Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner, berkata, Steenvorden, 31, menjadi pilihan utamanya bagi mengukuhkan benteng pertahanan selepas menggugurkan Sardor Kulmatov. Menurutnya, Steenvorden yang memulakan karier bersama kelab gergasi Belanda, Feyenoord itu memiliki pengalaman luas selaku bekas pemain skuad remaja negara berkenaan. Malah, katanya, Steenvoorden juga antara watak penting membantu kelab terakhirnya, Pakhtakor Tashkent, menjuarai Liga Uzbekistan tahun lalu sebelum menyertai skuad Penyu. “Kami optimis kemampuan Steenvoorden mengetuai benteng TFC…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya