NEW DELHI: Kem Malaysia bermula dengan langkah kanan pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 yang berlangsung di New Delhi.
Biarpun tanpa kelibat jaguh utama, Datuk Azizulhasni Awang, skuad negara masih mampu menampilkan aksi memberangsangkan dalam acara pecut berpasukan lelaki.
Malaysia membariskan Muhammad Ridwan Sahrom, Muhammad Fadhil Zonis dan Umar Hasbullah berjaya mara ke final namun akur dengan kehebatan penyandang juara, Jepun dalam perebutan pingat emas.
Skuad negara melakukan catatan 44.607 saat (s), hanya kurang 0.24s untuk mengatasi Jepun. Pingat gangsa pula menjadi milik pasukan China.
Begitupun keputusan ini menampakkan peningkatan berbanding edisi tahun lalu memandangkan trio Malaysia yang sama sekadar meraih gangsa sahaja ketika saingan diadakan di Velodrome Nasional, Nilai.
Turut sama memperoleh pingat perak adalah skuad wanita yang dibarisi Nurul Izzah Izzati Asri, Anis Amira Rosdi dan Nurul Aliana Syafika Azizan.
Trio ini berjaya memberikan tentangan sengit kepada China dalam perlumbaan akhir sebelum akur untuk membawa pulang pingat perak dengan catatan 50.095s, manakala gangsa milik Korea Selatan.
Terdahulu, skuad berbasikal para negara yang membariskan pemenang pingat kejohanan dunia, Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali dan Zuhairi Ahmad Tarmizi berjaya meraih pingat emas dalam acara pecut berpasukan campuran.
Gandingan mereka bertiga melakar catatan masa 52.284s untuk menewaskan pasukan tuan rumah, India yang sekadar melakukan catatan 1 minit 02.661s.
Skuad berbasikal trek lelaki dan wanita rangkul perak hari pertama Kejohanan Asia 2024