PETALING JAYA: Atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi terpaksa menunggu sehingga Sukan Olimpik Paris 2024 tamat pada Ogos depan sebelum dibenarkan berkelana ke Australia. Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard mendedahkan pihaknya telah berbincang dengan Institut Sukan Australia Barat (WAIS) bagi menghantar Sarah berlatih di sana untuk beberapa bulan. Bagaimanapun WAIS tidak dapat membekalkan kepakaran mereka kepada pelatih luar untuk sementara waktu memandangkan mereka kini sedang giat mempersiapkan barisan atlet Australia untuk Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung Julai depan. Salah seorang daripadanya adalah Nina Kennedy yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya