PETALING JAYA: Perseorangan lelaki badminton para negara, Muhammad Fareez Anuar mempunyai tugasan penting yang perlu dilaksanakan menjelang Kejohanan Badminton Para Dunia yang akan membuka tirai esok di Bangkok, Thailand. Fareez perlu memastikan dia berupaya mara sekurang-kurangnya ke peringkat peringkat separuh akhir bagi acara perseorangan SU5, bagi membolehkan dia mengutip mata ranking untuk mengukuhkan kedudukannya dalam ranking Sukan Paralimpik Paris 2024. Pemain berusia 27 tahun itu kini berada di tangga keenam ranking berkenaan dengan mengutip 40452 mata, manakala rakan senegara, Cheah Liek Hou pula dilihat tidak menghadapi masalah untuk layak ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya