PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak boleh keciciran sebarang mata menuju baki dua lagi perlawanan terakhir dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 seandainya mahu bergelar juara. Ketika ini, Maybank memintas TNB sebagai pendahulu liga dengan 23 mata, disusuli Pasukan Hoki Terengganu (THT) dengan 22 mata, Nurinsafi Sporting di tempat ketiga, manakala TNB berada di tangga keempat dengan 20 mata. Bagaimanapun anak buah Nor Saiful Zaini masih kekurangan satu perlawanan dan dijangka akan mengambil alih semula carta liga apabila bakal turun menentang pasukan UiTM HA-KPT di Stadium Hoki Nasional Bukit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya