LIVERPOL: Hanya selepas beberapa jam berada di tangga kedua, Liverpool kembali merampas puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam pasukan tercorot, Burnley 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Anfield. Gol pertama Liverpool hadir menerusi Diogo Jota pada minit ke 31 setelah menanduk bola ke gawang hasil sepakan penjuru. Tatkala tuan rumah akan menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan satu gol, Burnley menyamakan kedudukan menerusi tandukan Dara O’Shea pada minit ke 45. Skuad kendalian Jurgen Klopp memulakan separuh masa kedua dengan begitu agresif dan hasilnya mereka berjaya menggandakan jaringan apabila Luis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya