PETALING JAYA: Atlet berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menambah satu lagi koleksi pingat dalam saingan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 New Delhi dengan meraih pingat emas acara ujian masa 500 meter (m) sebentar tadi. Izzah melakar masa 34.388 saat untuk dinobatkan sebagai juara menewaskan pelumba Korea Selatan, Hwang Hyeon-Seo yang sekadar mencatat 34.802s. Pingat gangsa milik pelumba China, Luo Shuyan yang mencatat masa 34.958s. Kemenangan ini menebus kekecewaan Izzah tahun lalu apabila akur meraih pingat perak dalam acara ini. Terdahulu, Izzah telah pun meraih pingat emas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya