KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga legenda bola sepak negara, Allahyarham Khalid Ali yang menghembus nafas terakhirnya petang tadi.
“Saya ucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan saya dapat tahu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) telah berjumpa dan melawat beliau di hospital.
“Bagi pihak kerajaan kita ucapkan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham kepada pembanguan sukan di Malaysia,” katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan F&N Baverages Marketing Sdn Bhd di sini, hari ini.
Legenda bola sepak negara itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 3.05 petang ini. – UTUSAN