PETALING JAYA: Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim melakar sejarah baharu buat bola sepak negara apabila gol jaringannya ketika menentang Korea Selatan diundi sebagai Gol Terbaik Piala Asia 2023. Gol jaringan Faisal pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E dalam saingan Piala Asia 2023 yang lalu itu meraih 85 peratus undian, sekali gus menjadi suatu yang boleh dibanggakan biarpun Malaysia tersingkir awal di kejohanan itu. Untuk rekod, pemain berusia 26 tahun itu meledak jaringan menarik selepas berjaya memperdaya pemain Korea Selatan yang dilabel antara pertahanan tengah terbaik dunia yang juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya