PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan dia masih lagi yang terbaik di dunia apabila memenangi pingat emas acara keirin di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia sebentar tadi. Aksi yang berlangsung di Adelaide Super Drome sebentar tadi menyaksikan Azizul berjaya mengenepikan lima pencabarnya yang lain untuk menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 9.910 saat (s). Kejayaan itu sekaligus menghadiahkan pingat emas pertama kem negara di kejohanan ini, manakala pingat perak milik Shinji Nakano dari Jepun, sementara Ota Kaiya merangkul pingat gangsa. Ia merupakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya