PETALING JAYA: Piala Dunia Hoki 5s 2024 pastinya akan menjadi satu kenangan terindah buat buat kapten skuad lelaki negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook. Anak jati Kemaman, Terengganu bukan sahaja berjaya membantu Malaysia mencipta sejarah muncul naib juara malah turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan yang berlangsung di Muscat, Oman itu. Akhimullah mempamerkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan diharungi skuad kebangsaan dengan dia turut merekodkan 11 gol sepanjang kejohanan berlangsung. Pemain berusia 23 tahun itu juga berjaya meledak satu gol ketika aksi final menentang pasukan gergasi Eropah, Belanda, semalam. Pengiktirafan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya