Zii Jia sunting Shun Yang jadi rakan sepelatih

Zii Jia sunting Shun Yang jadi rakan sepelatih

LEE Zii Jia dikhabarkan sedang menyunting Lee Shun Yang untuk menyertai Team LZJ sebagai rakan sepelatih baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dikhabarkan sedang menyunting bekas pemain kebangsaan, Lee Shun Yang untuk menyertai pasukannya, Team LZJ sebagai rakan sepelatih yang baru.

Menerusi perkongsian di laman media sosial, Shun Yang berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan dia menerima peralatan sukan berjenama Victor yang turut digunakan Lee Zii Jia, selain turut berada di New Delhi untuk saingan Terbuka India yang berlangsung ketika ini.

Khabar angin ini semakin kuat apabila Setiausaha Agung Persaxtuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh mengesahkan Shun Yang kini bergerak sebagai ejen bebas selepas kontraknya tamat pada 31 Disember lalu.

BAM sebelum ini menggugurkan Shun Yang bersama dua orang lagi pemain perseorangan lelaki iaitu Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng, namun menawarkan pilihan untuk Shun Yang kekal berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara sebagai rakan sepelatih.

“Kontrak dia (Shun Yang) bersama BAM sudah tamat pada 31 Disember lalu dan dia kini sebagai ejen bebas. Tiada sebarang alasan diberikan oleh dia kenapa tidak ingin terus menjadi rakan sepelatih,” jelas Kenny ringkas kepada Utusan Malaysia.

Ketika ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Team LZJ tentang kemasukan Shun Yang ke dalam pasukan itu.

Shun Yang, 22 tahun pernah muncul juara Kejohanan Antarabangsa Hellas pad 2021 dan turut menjadi sebahagian daripada skuad negara yang beraksi di Sukan SEA Kemboja 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya