Zii Jia pandang positif aksi di Terbuka India

Zii Jia pandang positif aksi di Terbuka India

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia masih merasakan ada perkara positif ditampilkannya biarpun tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka India semalam.

Perjalanan Zii Jia di kejohanan itu terhenti selepas tewas kepada pemain Jepun, Kodai Naraoka dengan keputusan 21-13, 9-21, 16-21.

Biarpun tewas, Zii Jia tetap berpuas hati dengan prestasinya memandangkan ini juga adalah aksi suku akhirnya yang pertama tahun ini.

Minggu lalu di Terbuka Malaysia, Zii Jia terpaksa menelan perit tersingkir seawal pusingan di laman sendiri kepada pemain China, Lu Guang Zu.

“Ini adalah suku akhir pertama saya selepas dua kejohanan tahun ini. Ini adalah satu permulaan yang baik berbanding tahun lalu kerana suku akhir pertama saya adalah pada saingan Seluruh England yang mana mara sehingga separuh akhir.

“Sebelum itu saya tewas pusingan pertama dan kedua. Kini, apa yang saya perlu lakukan adalah terus bekerja keras dan tidak berputus asa,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Zii Jia akan meneruskan aksinya di Masters Indonesia, Jakarta minggu hadapan apabila dia dijadualkan bertemu pemain India, K Srikanth di pusingan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya