Yusof boleh jadi sandaran Malaysia di Paris

Yusof boleh jadi sandaran Malaysia di Paris

Yusof (kanan) melakar sejarah merangkul pingat gangsa bagi kategori MC1 di Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Para Lebuh Raya di Adelaide, Australia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin berpotensi besar untuk menjadi penyumbang pingat buat kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan berlangsung Ogos ini.

Ia susulan Yusof melakar sejarah bermakna untuk negara apabila merangkul pingat gangsa bagi kategori MC1 di Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Para Lebuh Raya di Adelaide, Australia kelmarin.

Yusof melakukan catatan masa 21 minit 33.17 saat (s), ketinggalan sedikit di belakang pemenang pingat emas, Ricardo Ten Argiles yang mencatat masa 21:32.27s manakala pingat perak menjadi milik atlet Jerman, Pierre Senska menerusi catatan 21:32.27s.

Jurulatih berbasikal para negara,  Sallehudin Mohd. Noh mengakui gembira dengan prestasi ditampilkan Yusof yang turut pernah memenangi pingat gangsa di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia di Paris pada 2022.

Untuk rekod, skuad berbasikal para negara konsisten layak ke tiga temasya Sukan Paralimpik sebelum ini, bermula di London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020, namun pulang dengan tangan kosong.

“Pasukan berbasikal para negara berjaya mendapat pingat gangsa pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Para Lebuh Raya 2024 menerusi Yusof Hafizi. Lebih manis, ini adalah kali pertama berbasikal para meraih pingat di Piala Dunia.

“Kejayaan ini menjadikan peluang lebih terbuka untuk bersaing dan memperoleh kejayaan lebih baik ketika beraksi di Paralimpik Paris 2024 nanti. Yusof Hafizi diletakkan harapan menggalas cabaran negara selepas Malaysia memperoleh satu slot lelaki,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sudah pun meletakkan sasaran untuk membawa pulang empat pingat emas di Sukan Paralimpik Paris, sekaligus melengkapkan koleksi 10 pingat emas dimiliki kontinjen negara sejak menyertai tersebut pada 1972. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya