Terbuka India medan tebus maruah badminton

Terbuka India medan tebus maruah badminton

NOVA WIDIANTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Badminton Terbuka India yang berlangsung minggu ini bakal menjadi pentas penebus maruah buat barisan pemain negara selepas menampilkan aksi hambar di laman sendiri minggu lalu.

Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto menggesa anak buahnya, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak lagi dibuai dengan kejayaan tahun, sebaliknya bangkit memandangkan Sukan Olimpik Paris 2024 hanya berbaki kurang tujuh bulan sahaja lagi.

Kegusaran Nova juga bertambah memandangkan apabila lawan mereka di pusingan pertama Terbuka India hari ini adalah pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.

Daripada tiga pertemuan sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei belum pernah menang ke atas mereka dengan kali terakhir mereka berentap di Masters China September tahun lalu.

“Bagi aksi di Terbuka India, saya cuma harap mereka tampil dengan aksi maksimum dan dapat kekal konsisten. Harus lebih melawan dalam permainan, jangan hanya mengharapkan aksi mudah sahaja.

“Semua orang tahu bahawa setiap beregu itu gaya permainannya tidak sama, ada yang mudah dan sukar. Apa yang saya mahu tekankan adalah mereka tidak boleh biasakan diri untuk sentiasa menang mudah,” jelas Nova.

Selain Tang Jie-Ee Wei, cabaran Malaysia di Terbuka India turut akan digalas Lee Zii Jia, yang menjadi wakil tunggal negara beraksi dalam acara perseorangan lelaki, setelah Ng Tze Yong menarik diri kerana kecederaan belakang.

Bagi acara perseorangan wanita, ketiadaan pemain negara yang menonjol menyaksikan Goh Jin Wei masih lagi menjadi taruhan biarpun tidak banyak harapan diberikan.

Tiga beregu lelaki menjadi sandaran setelah Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berputih mata tidak dapat menyertai kejohanan ini gara-gara masalah visa yang menyaksikan mereka terlepas peluang untuk menambah mata ranking bagi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

Sementara itu, dalam acara beregu wanita, Pearly Tan-Thinaah dan Lim Chiew Sien-Vivian Hoo sedang berusaha untuk mara lebih jauh setelah masing masing terkandas seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya