Tang Jie-Ee Wei perlu langkau jurang ranking yang besar

Tang Jie-Ee Wei perlu langkau jurang ranking yang besar

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 yang akan membuka tirai Selasa depan bakal menjadi misi serampang dua mata buat beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk bukan sahaja mara lebih jauh, namun dalam masa yang sama mengumpul lebih banyak mata ranking ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mahukan anak buahnya itu untuk berada dalam kelompok empat terbaik menjelang tarikh akhir kelayakan ke Sukan Olimpik Paris pada penghujung April ini.

Kedudukan terkini menyaksikan Tang Jie-Ee Wei berada di tangga kesembilan ranking Sukan Olimpik dengan 65,478 mata, dan mereka perlu mengejar gandingan Korea, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung yang meraih 86,446 mata untuk berada di kedudukan keempat.

Berdasarkan format dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF),  hanya mata tertinggi daripada 10 kejohanan dalam tempoh kelayakan sahaja akan diambil kira untuk layak ke Paris.

“Perbincangan saya dengan Nova, beliau mahu mereka (Tang Jie-Ee Wei), sebelum keluar senarai pilihan pemain Sukan Olimpik, mereka perlu berada di posisi pilihan keempat atau sekurang-kurangnya lima.

“Tetapi kita harus realistik dengan pungutan mata mereka, dan dalam masa sama tidak mustahil boleh terjadi sekiranya melakukan kejutan juara dua kali Super 1000, dua kali Super 750, tapi sekurang-kuranngnya perlu berada di kelompok lima terbaik,” jelas Rexy.

Tang Jie dan Ee Wei akan memulakan saingan minggu hadapan dengan menentang pasangan No. 11 Dunia, Thom Gicquel-Delphine Delrue dengan kali terakhir mereka bertemu di Terbuka China September lalu memihak kepada gandingan Perancis itu.

Edisi lalu, pasangan negara ini berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dalam penampilan sulung di Terbuka Malaysia sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya