Sze Fei-Izzuddin perlu baiki prestasi

Sze Fei-Izzuddin perlu baiki prestasi

GOH Sze Fei (kanan) bersama Nur Izzuddin Rumsani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tanpa kelibat beregu kedua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 (BATC) pada Februari ini, pengalaman Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani amat ditagih skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, prestasi kurang konsisten yang dipamerkan Sze Fei-Izzuddin sejak digandingkan semula sedikit membimbangkan jurulatih beregu badminton lelaki negara, Tan Bin Shen.

Beregu yang kini menghuni ranking ke-21 dunia itu masih belum berada pada prestasi terbaik mereka seperti mana yang pernah dipamerkan sebelum membuat keputusan berpisah.

Dalam aksi terbaharu Sze Fei-Izzuddin pada Indonesia Masters di Jakarta, mereka tersingkir seawal pusingan pertama ditangan beregu Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Warrapol Thongsa-Nga 21-14, 14-21, 18-21.

Bin Shen berkata, beliau perlu berbincang dengan Sze Fei-Izzuddin sebaik pulang dari Indonesia berhubung prestasi mereka pada Indonesia Masters.

“Prestasi mereka kini tidak menunjukkan sebarang kemajuan, saya rasa hanya Sze Fei dan Izzuddin yang boleh menjawabnya.

“Mereka yang memilih untuk bergandingan semula, jadi, saya rasa mereka kena fikir tentang perkara ini, saya tak mahu bercakap yang mereka tidak menunjukkan kemajuan kerana masih ada kebarangkalian untuk Sze Fei-Izzuddin bangkit semula,” katanya.

Bin Shen memberitahu, bagi sudut pandangan jurulatih, beregu tersebut perlu segera perbaiki persembahan mereka kerana masih ada ruang untuk berbuat demikian.

Biarpun gagal melangkah jauh dalam kejohanan yang disertai, jelas beliau, Sze Fei-Izzuddin sekurang-kurangnya tidak tewas mudah kepada pencabar mereka.

“Contoh pada Terbuka India, mereka terpaksa mengharungi perlawanan yang sukar menentang beregu China (Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi).

“Daripada pemerhatian saya, rentak permainan mereka kelihatan sudah kembali, tetapi, secara tiba-tiba mereka hilang rentak di Indonesia Masters,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya