Speedy Tigers perlu pemain muda

Speedy Tigers perlu pemain muda

MALAYSIA memerlukan pemain muda untuk membarisi skuad kebangsaan. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Rombak pasukan dan bawa masuk pemain muda.

Begitu pandangan bekas penjaga gol hoki kebangsaan, Datuk Mohd. Sayuti Abdul Samad dalam usaha membina semula skuad kebangsaan yang meneruskan kemarau 24 tahun layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Hoki Perak merangkap Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berkata, pasukan hoki kebangsaan masih terlalu bergantung kepada kudrat pemain senior.

Katanya, terdapat tujuh hingga lapan pemain senior dalam skuad kebangsaan ketika ini dan antaranya yang sudah berusia lebih 30 tahun.

“Jadi sudah tiba masanya pemain muda pula diberi peluang untuk beraksi, menggantikan pemain-pemain senior.

“Mungkin kita boleh mengekalkan seorang atau dua senior untuk menjadi pembimbing kepada pemain muda,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Mohd. Sayuti merupakan bekas pemain kebangsaan dari 1977 hingga 1985, mempunyai 46 caps dan pernah menyarung jersi pasukan negara di Sukan SEA, Sukan Asia, Piala Antara Benua dan Piala Dunia Remaja.

Mengulas kegagalan Speedy Tigers dalam kelayakan Olimpik di Muscat, Oman, baru-baru ini, beliau berkata, ketua jurulatih, Arul Selvaraj tidak boleh dipersalahkan kerana kegagalan mencipta kejayaan di temasya itu.

“Saya rasa Arul sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau sebaik mungkin.

“Biar dia kendalikan pasukan sekurang-kurang sehingga selepas Piala Sultan Azlan Shah pada Mei ini, ” ujarnya.

Pasukan negara gagal mencari tempat ke Olimpik Paris 2024, yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, selepas menamatkan kempen kelayakan di Oman pada kedudukan tercorot dengan satu mata, di belakang Great Britain yang muncul juara kumpulan (sembilan mata), Pakistan (empat mata) dan China (tiga mata), baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya