Soon Huat-Shevon lega lepasi pusingan pertama Terbuka Malaysia

Soon Huat-Shevon lega lepasi pusingan pertama Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR 9 JANUARI 2024 - Aksi pemain beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai sewaktu menentang pemain England, Gregory Mairs dan Jenny Mairs pada perlawanan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menjadi wakil pertama negara melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bagaimanapun, perjalanan Soon Huat-Shevon ke pusingan bukan mudah apabila dikerah beraksi selama tiga set oleh pasangan England, Gregory-Jenny Mairs sebelum menang dengan keputusan 16-21, 21-15, 21-17 dalam tempoh 60 minit.

Kini mereka terpaksa menanti perlawanan antara Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taeratanachai yang akan menentang Robin Tabeling sebentar nanti bagi mengetahui lawan mereka di pusingan kedua.

“Angin amat sukar untuk kami, menyaksikan kami lebih berhati hati untuk mengawal bulu tangkis. Bila kami tidak dapat melakukannya dengan baik, saya akui agak kecewa.

“Tetapi kami tidak berputus asa dan saling menyokong antara satu sama lain, dan akhirnya kami berjaya mengawal perlawanan.

“Selepas melakukan banyak kesilapan di set kedua, tetapi jurulatih telah menyuruh kami menukar gaya permainan kami dan dari situ kami berjaya mencapai kemenangan,” jelas Soon Huat.

Terdahulu, satu lagi pasangan campuran negara gugur apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing disekat pilihan ketujuh kejohanan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dengan keputusan 11-21, 16-21.

Turut sama berputih mata adalah beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang tumbang kepada pilihan pertama kejohanan, Liang Wei Keng-Wang Chang dengan keputusan 12-21, 19-21.

KUALA LUMPUR 9 JANUARI 2024 – Aksi pemain beregu lelaki Malaysia, Man Wei Chong dan Kai Wun Tee sewaktu menentang pemain China, Liang Wei Keng Wang Chang pada perlawanan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya