Skuad terbaik selepas 10 tahun

Skuad terbaik selepas 10 tahun

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan harian di Doha, Qatar sebagai persiapan mengharungi kempen Piala Asia 2023. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya yang membawa cabaran negara di Piala Asia 2023, Qatar merupakan yang terbaik dan jauh berbeza jika dibandingkan prestasi 10 tahun lalu.

Bekas pemain skuad kebangsaan, Dollah Salleh percaya Harimau Malaya yang dibarisi skuad terkuat dan prestasi yang semakin meningkat dalam penyertaan beberapa kejohanan sebelum ini mampu pergi jauh dalam kempen Piala Asia 2023 yang akan bermula 16 Januari ini.

Dollah yang pernah membimbing pasukan kebangsaan berkata, skuad negara yang ada pada masa sekarang adalah yang terbaik dan jauh berbeza jika dibandingkan 10 tahun lalu.

Beliau juga kagum dengan perubahan yang berlaku kepada skuad kebangsaan yang layak secara merit ke Piala Asia 2024 sekali gus membuktikan Kim Pan-gon mempunyai ‘sentuhan ajaib’ dalam membawa skuad negara melangkah lebih jauh.

“Prestasi Harimau Malaya berbeza seperti 10 tahun lalu selepas sekian lama kita menyepi dan kebangkitan mula tercipta.

“Saya lihat dari penjaga gawang ke penyerang nampak banyak perubahan dan tidak risau bahagian tersebut kerana semakin seimbang dan kukuh. Cuma kita perlu mempamerkan kelebihan itu sewaktu menentang Bahrain dan Jordan nanti.

“Jordan dan Bahrain adalah salah satu pasukan yang terbaik di peringkat Asia dan mustahil kita tidak mampu menumpaskan mereka.

“Saya lihat pasukan kebangsaan sekarang seperti pasukan kebangsaan yang pernah beraksi dalam kelayakan ke Piala Dunia 1986 yang pernah saya bermain,” katanya.

Dollah juga menitip pesanan kepada Harimau Malaya agar tidak tunduk dan terlalu hormat dengan kemampuan pasukan lawan.

“Kita jangan terlampau hormat kepada pasukan lawan. Kita mempunyai skuad yang terkuat di Asia dan kita perlu berani serta kekalkan prestasi skuad kita,

“Saya percaya Jordan dan Bahrain akan khuatir kerana kebelakangan ini skuad kita banyak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan serta akan memberi cabaran hebat kepadanya,” katanya.

Malaysia akan menentang Jordan dalam aksi pembukaan pada 16 Januari ini sebelum bertemu Bahrain pada 20 Januari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya