Shamie pilih berpisah dengan Sri Pahang FC

Shamie pilih berpisah dengan Sri Pahang FC

Shamie Iszuan Amin (kiri) mengucapkan selamat tinggal kepada Sri Pahang FC apabila mengambil keputusan meninggalkan pasukan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain sayap kanan, Shamie Iszuan Amin mengucapkan selamat tinggal kepada Sri Pahang FC apabila mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut menjelang musim baharu.

Biarpun masih mempunyai kontrak selama setahun lagi dengan Sri Pahang, Shamie memilih untuk menamatkan kontrak lebih awal kerana dipercayai mahu mencari lebih minit permainan bersama pasukan lain.

“Terima kasih Shamie Iszuan sepanjang semusim bersama Sri Pahang FC. Di atas persetujuan bersama, beliau memohon untuk menamatkan kontrak yang berbaki semusim lagi bersama SPFC,” kata Sri Pahang dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Shamie menerusi laman sosial Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Sri Pahang kerana memberi ruang untuknya menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.

“Terima kasih juga kepada staf kejurulatihan, rakan-rakan seperjuangan dan penyokong Sri Pahang FC kerana memberikan layanan yang baik terhadap saya selama saya di sini.

“Selamat berjaya untuk musim baharu semoga kita berjumpa lagi. Saya gembira sebagai sebahagian daripada keluarga ini,” kata pemain kelahiran kuching, Sarawak itu yang melakukan tiga penampilan bersama Sri Pahang musim lalu.

Untuk rekod, Shamie pernah membantu skuad negara kendalian Kim Pan Gon layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 dan dia merupakan merupakan produk Piala Presiden Sarawak, yang cukup dikenali kerana kelincahan dan kelicikannya.

Sepanjang kariernya, Shamie pernah menyarung jersi beberapa kelab Liga FAM ketika awal kariernya sebelum menyertai Negeri Sembilan pada 2020, dan kembali ke negeri kelahirannya untuk bermain dengan Sarawak United pada 2021 sebelum ke Sri Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya