PETALING JAYA: Kejohanan FIM MiniGP Malaysia kembali semula dianjurkan pada tahun ini dan pemilihan para pelumba berpotensi dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan Januari bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Saingan ini pernah melahirkan Qabil Irfan Azlan yang muncul sebagai Juara Dunia FIM MiniGP World Final 2023.
Untuk edisi kali ini, pendaftaran secara atas talian telah pun dibuka dan pemilihan akan dijalankan pada pertengahan Januari bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Had umur untuk FIM MiniGP Malaysia (160cc) adalah 10 hingga 14 tahun manakala bagi saingan SIC Ohvale Junior Championship (110cc) pula dibuka untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 10 tahun.
Penganjuran perlumbaan FIM MiniGP dan SIC Ohvale bagi musim 2024 dijangka akan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April depan.