Salah dijangka berehat lebih lama

Salah dijangka berehat lebih lama

MOHAMED Salah menonton perlawanan Mesir menentang Cape Verde dari tempat duduk penonton ekoran kecederaan sebelum ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABIDJAN: Jurulatih Mesir, Rui Vitoria mengesahkan kecederaan otot paha yang dialami Mohamed Salah dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika 2024 akan mengambil masa yang lama untuk pulih daripada jangkaan awal

Persatuan Bolasepak Mesir ketika mengumumkan perkembangan Salah berkata, pemain Liverpool itu akan kembali ke kelabnya untuk menjalani rawatan pemulihan kecederaan yang dialaminya semasa Mesir seri 2-2 dengan Ghana,

Selepas terlepas aksi dua perlawanan, kesatuan itu memberitahu, mereka berharap pemain berusia 31 tahun itu dapat kembali beraksi jika Mesir berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir, namun ramalan itu tersasar.

Pun begitu, sumber pasukan Mesir berkata, mereka menjangkakan Salah akan pulih dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

Sebelum itu, ejen pemain terbabit dalam hantaran ke laman web X menyatakan kebimbangan terhadap kecederaan Salah teruma dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Cape Verde.

“Kecederaan Mohamed Salah lebih teruk daripada apa yang dibayangkan pada peringkat awal dan dia mungkin tidak dapat beraksi dalam tempoh 21 hingga 28 hari dan bukan dua perlawanan.

“Cara terbaik ialah dia mendapatkan rawatan intensif di United Kingdom dan kembali selepas pulih,” kata Ramy Abbas Issa.

Bercakap kepada media selepas Mesir seri 2-2 dengan Cape Verde, Rui Vitoria berkata, kecederaan Salah akan mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.

“Kecederaan Mohamed Salah akan mengambil masa yang lama untuk pulih dan melangkaui jangkaan asal. Kita akan meneruskan permainan tanpanya.

“Pada masa ini semuanya berada dalam keadaan yang baik dan terkawal dan Salah akan pulang ke Liverpool untuk menjalani rawatan. Mungkin itu cara terbaik bagi dia untuk pulih secepat mungkin.

“Kami tidak mahu menyalahkan sesiapa tapi saya rasa Liverpool tiada hak untuk bercakap tentang perkara ini sebab kami ada perlawanan penting.

“Salah sentiasa bersama kami dan sekarang saingan telah tamat dan akan mencari jalan terbaik untuk merawat pemain itu. Inilah situasinya,”, katanya yang tidak bersetuju dengan pandangan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp agar Salah menjalani rawatan di UK. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya