Saingan MPFL bermula 17 Februari

Saingan MPFL bermula 17 Februari

TIMBALAN Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hisamudin Yahaya bertemu pengurus dan wakil pasukan dalam taklimat pasukan MPFL musim 2024 di Wisma FAM, Hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) pada musim 2024 akan dibahagikan kepada dua devisyen dan dijangka memulakan kempen pada 17 Februari depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hisamudin Yahaya berkata, konsep pertandingan adalah bermain secara ‘home & away’.

HISAMUDIN YAHAYA

Hisamudin berkata, format berkenaan diyakini dapat memberi peluang kepada semua pasukan bermain di hadapan penyokong sendiri serta dapat mempromosikan venue masing-masing.

“Semoga dengan konsep pertandingan yang diperkenalkan iaitu bermain secara liga dan disusuli pula dengan Malaysia Futsal Cup (MFC) dapat memberikan lebih banyak perlawanan kepada pasukan.

“Diharap dengan platform yang disediakan oleh FAM ini dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain berbakat untuk diserapkan ke dalam Pasukan Kebangsaan,” katanya.

Hisamudin berkata demikian ketika merasmikan taklimat pasukan MPFL 2024 yang berlangsung di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Menurut Hisamudin, FAM sangat menghargai sokongan serta semangat yang ditunjukkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding. Teruskan menyokong sukan futsal tanah air dan bersama-sama membangunkan sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya