Rayuan Kelantan FC tertakluk keputusan FIB

Rayuan Kelantan FC tertakluk keputusan FIB

TUNKU Ismail dan Hannah Yeoh mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025 di Iskandar Puteri, semalam. Turut kelihatan Ab Ghani Hassan. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyerahkan keputusan permohonan rayuan Kelantan FC sepenuhnya kepada First Instance Body (FIB) sama ada layak memberikan Lesen Kebangsaan kepada pasukan itu atau tidak.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima rayuan daripada kelab Pantai Timur itu beberapa hari sebelum tamat tempoh rayuan yang berakhir semalam.

“Kita telah menerima dokumen-dokumen daripada skuad The Red Warriors (TRW) untuk memperoleh lesen itu bagi membolehkan mereka terus kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

“Walau bagaimanapun, keputusan itu kita serahkan kepada FIB untuk membuat penilaian secara rapi sebelum memberikan kata putus,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025, di sini, semalam.

Sebelum ini, MFL mengesahkan bahawa Kelantan FC gagal memperoleh Lesen Kebangsaan, namun diberi peluang untuk membuat rayuan sebelum 8 Januari ini.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd. Nasir Sheikh Mohd Sharif dalam kenyataan menjelaskan keputusan itu dibuat kerana TRW didakwa gagal untuk melengkapkan dua kriteria kewangan di bawah sub kriteria F.04 dan F.11.

Beliau berkata, ia membabitkan tunggakan gaji, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya