Piala Dunia Hoki 5s Wanita: Giliran Belanda bedil Malaysia 10-0

Piala Dunia Hoki 5s Wanita: Giliran Belanda bedil Malaysia 10-0

Pemain Belanda (jersi hitam) mendominasi perlawanan menentang Malaysia dalam Kejohanan Piala Dunia Hoki 5 sepasukan Wanita yang berlangsung di Muscat sebentar tadi. (FOTO: Oman Hockey)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak sampai beberapa jam skuad hoki wanita negara melakar kemenangan besar ke atas Oman dalam Kejohanan Piala Dunia Hoki 5 sepasukan (s) di Muscat, giliran Belanda belasah Malaysia dengan keputusan 10-0 sebentar tadi.

Malaysia dibimbing bekas pemain tengah negara, Nabil Fiqri Mohd Noor gagal menampilkan aksi sama ketika membenam Oman 10-0 pada sebelah petang dan bergelut sepanjang 30 minit perlawanan.

Lana Kalse, Bente van der Veldt dan Sosha Benninga masing masing menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Baki penjaring untuk pasukan Belanda merupakan Floor de Haan, Janneke van de Venne, Danique van der Veerdonk dan Noor de Baat.

Meskipun tewas, Malaysia masih berada di tempat kedua dalam Kumpulan A di belakang Belanda dengan meraih tiga mata.

Skuad negara akan berentap dengan dengan Fiji esok untuk aksi terakhir kumpulan A dengan dua pasukan teratas akan mara pusingan kalah mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya