Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia mara ke suku akhir

Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia mara ke suku akhir

PEMAIN Malaysia (kiri) melakukan asakan ke atas pemain Fiji dalam aksi peringkat Kumpulan D, Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara mara ke suku akhir Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas membelasah Fiji 8-3 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D di Muscat, Oman hari ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Wallace Tan mengakhiri saingan peringkat kumpulan di tangga kedua selepas terikat tujuh mata bersama Oman dengan tuan rumah mempunyai lebihan jaringan.

“Kemenangan ke atas Fiji sangat penting untuk kita mengesahkan tempat ke suku akhir. Di suku akhir kita akan berjumpa Trinidad & Tobago, dalam hoki 5s ini kita kena hormati semua negara

“Dalam kejohanan ini beberapa kejutan telah berlaku seperti Mesir tumpaskan India, Poland kalahkan Pakistan dan Trinidad & Tobago berjaya menundukkan New Zealand, hoki 5s ini lain.

“Kita akan gunakan tempoh rehat secukupnya dan akan turun menentang Trinidad & Tobago esok dalam perlawanan suku akhir,” kata Wallace.

KAPTEN Malaysia, Mohamad Akhimullah Anuar Esook meledak hatrik dalam aksi menentang Fiji.

Pada aksi hari ini, kapten negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook sekali lagi membuktikan kewibawaannya apabila meledak hatrik manakala, Syarman Mat Tee meledak dua gol.

Tiga gol lagi masing-masing dijaringkan oleh Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee, Muhammad Firdaus Omar dan Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya