Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia belasah tuan rumah, Oman 10-0

Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia belasah tuan rumah, Oman 10-0

Skuad hoki wanita negara meraih kemenangan pertama dalam Kejohanan Piala Dunia Hoki 5 sepasukan (s) sebentar tadi. (FOTO: FIH).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara bermula dengan langkah kanan apabila membelasah tuan rumah, Oman dengan keputusan 10-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Wanita 5 sepasukan (s) yang berlangsung di Muscat sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Kelab Al Amarat, Muscat itu menyaksikan Alyani Muhammad Zubir meledak empat jaringan pada perlawanan itu masing masing pada minit ke 10, 11, 22 dan 27.

Rakan sepasukan, Nur Zafirah Aziz juga turut cemerlang apabila menjaringakn hatrik dalam perlawanan ini iaitu pada minit ke 11, 13 dan 27.

Lain-lain penjaring untuk pasukan Malaysia dalam perlawanan ini adalah Zati Alyani Muhamad Zubir, Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri serta Qhairunisya Mohd Zanili yang menjaringkan dua gol.

Malaysia akan meneruskan aksi dalam Kumpulan A menentang pasukan Belanda pada pukul 8.30 malam ini waktu Malaysia.

“Saya rasa ini adalah permulaan yang baik untuk pasukan ini dan menyuntik lagi semangat kami untuk berhadapan dengan Belanda pada aksi sebelah petang (malam waktu Malaysia) nanti.

“Saya rasa keputusan perlawanan ini amat penting dan pastinya kami mahu tampil denga lebih kuat dan lebih bersemangat menentang Belanda nanti,” kata kapten pasukan, Nur Syafiqah Mohd Zain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya