PGM harap Jelajah Toyota 2024 lebih meriah

PGM harap Jelajah Toyota 2024 lebih meriah

Pengurus Besar Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM), Nik Mustapha Nik Mohamed (tengah) dalam sidang akhbar pelancaran Jelajah Toyota 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurus Besar Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM), Nik Mustapha Nik Mohamed berharap saingan Siri Jelajah Toyota 2024 lebih baik berbanding tahun lalu.

Jelajah Toyota 2024 akan melibatkan 10 siri dengan membabitkan lapangan baharu termasuk Penang Golf Resort, Royal Pahang Golf Club, Sibu Golf Club, Tiara Melaka Golf & Country Club dan Kota Permai Golf & Country Club.

“Kami di PGM melalui perkongsian dengan UMW Toyota Motor dan MST Golf akan berusaha untuk menjadikan musim 2024 sebagai jelajah lebih menarik untuk pemain.

“Jelajah Toyota akan menampilkan program dan inisiatif jangkauan komuniti menjadikan golf boleh diakses oleh peminat semua peringkat umur, latar belakang dan tahap kemahiran,” kata Nik Mustapha dalam satu kenyataan.

Jelajah Toyota akan menampilkan program dan inisiatif jangkauan komuniti yang menggalakkan keterangkuman, menjadikan golf boleh diakses oleh peminat semua peringkat umur, latar belakang dan tahap kemahiran.

Sementara itu, Presiden Toyota, Datuk K. Ravindran berkata, pihaknya teruja untuk meneruskan saingan pada tahun ini dan berharap lebih ramai pemain mempamerkan bakat masing-masing.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif MST Golf, Ng Yap berkata, mereka berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan UMW Toyota dan PGM dalam Jelajah Toyota 2024.

“Kami amat berbesar hati kerana Jelajah Toyota hadir untuk memberi inspirasi kepada generasi akan datang dan atlet Malaysia melalui pendekatan mengabungkan antara pemain amatur dan profesional untuk mencungkil Juara Malaysia masa depan,” kata Ng.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya