Persatuan Badminton Thailand (BAT) minat dapatkan Misbun Sidek

Persatuan Badminton Thailand (BAT) minat dapatkan Misbun Sidek

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah diiringi Lagenda Badminton Negara, Datuk Mohmed Misbun Sidek (kiri) dan Datuk Seri Mohd Jalani Sidek melawat pameran pada majlis perasmian Pameran Anak-anak Sidek Lagenda Badminton Negara di Muzium Sultan Alam Shah. (FOTO : Saddam Yusoff)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek mengesahkan telah menerima tawaran daripada Persatuan Badminton Thailand (BAT) pada bulan lalu.

Khabar angin ini semakin kuat apabila pengendali berusia 63 tahun itu mula kembali ke gelanggang awal bulan lalu dengan melatih tiga pemain muda Thailand di Nusa Mahsuri.

Begitupun Misbun masih memerlukan masa untuk meneliti tawaran dari BAT sebelum membuat sebarang keputusan.

“Sementara ini hanyalah percubaan sahaja, nak tengok sama ada pemain Thailand yang dihantar ini (ke Nusa Mhasuri) boleh mencapai kejayaan atau tidak pada masa hadapan.

“Mereka (BAT) telah memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk saya melihat pemain-pemain yang berpotensi bagi membantu meningkatkan prestasi mereka. Jika boleh, maka kemungkinan kerjasama ini akan berpanjangan,” jelas Misbun yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Pameran Anak-Anak Sidek di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam semalam.

Pameran tersebut yang telah dilancarkan sejak 1 November 2023 telah menarik perhatian seramai 5,000 pengunjung, menampilkan koleksi peribadi Misbun dan adik beradiknya sepanjang mewakili negara.

Lebih menarik, rumah warisan Allahyarham Haji Sidek di Kanchong Darat, Banting pula dalam perancangan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya