Panik punca Tang Jie-Ee Wei kalah 

Panik punca Tang Jie-Ee Wei kalah 

CHEN Tang Jie dan Toh Ee Wei tewas kepada Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terlalu mengikut emosi dan mudah panik ketika keciciran mata menjadi faktor kepada kekalahan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, dekat sini, semalam.

Tang Jie-Ee Wei yang menghuni ranking No. 9 dunia akur kepada beregu ke-13 dunia itu 22-24, 14-21 dalam masa 42 minit.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, ia sepatutnya tidak berlaku pada tahap mereka sekarang yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Mereka cepat panik, emosi tidak terkawal jadi kita bisa tengok mereka sudah mahu ambil bola, berapa kali bola lepas ke belakang.

“Dalam fikiran mereka hendak ambil mata mudah, lalu dilakukan smash tetapi tak mati, bolanya mudah, tetapi dia asyik hentam begitu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Menurut bekas juara dunia itu, amat penting untuk Tang Jie-Ee Wei lebih bersabar setiap kali berdepan dengan beregu Jepun.

Jelasnya, sebelum ini, pasangan negara itu pernah tumpas di tangan lawan yang sama, jadi, mereka seharusnya belajar daripada kesilapan lalu.

“Mereka pernah kalah teruk kepada beregu Perancis (Thom Gicquel-Delphine Delrue) sebelum ini, tetapi, Tang Jie-Ee Wei berjaya bangkit untuk menundukkan lawan mereka itu di sini.

“Hari ini, mereka berdepan pasangan Jepun yang juga pernah tewaskan mereka sebelum ini, tetapi malangnya Tang Jie dan Ee Wei panik, mereka gagal kawal kesabaran sewaktu dalam gelanggang.

“Sedangkan beregu Jepun itu hanya main dia punya permainan dan lawan mereka itu tidak mudah panik, Tang Jie-Ee Wei pula hilang punca,” ujarnya.

Rexy memberitahu, para pemain Malaysia sepatutnya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri yang merupakan kejohanan besar berstatus Super 1,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya