Nurul Hidayah terpaksa berundur

Nurul Hidayah terpaksa berundur

NURUL Hidayah Abdul Karim mengambil keputusan drastik untuk bersara atas alasan kecederaan dan juga faktor usia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet taekwondo kebangsaan, Nurul Hidayah Abdul Karim mengambil keputusan drastik untuk bersara atas alasan kecederaan dan juga faktor umur.

Pakar disiplin poomsae berusia 25 tahun itu berkata, dia membuat keputusan sukar menamatkan karier yang dicintainya itu disebabkan kecederaan yang menyukarkan dirinya untuk mengharungi cabaran lebih besar dalam sukan itu.

Nurul Hidayah yang berkecimpung dalam sukan mempertahankan diri itu sejak berumur 10 tahun sehingga berjaya meraih pingat kejohanan dunia dan Sukan SEA, bagaimanapun akan terus menabur bakti dalam taekwondo selaku jurulatih.

“Kecederaan lama saya, iaitu kecederaan pinggul kanan dialami sejak 2022 tidak pulih lagi. Kemudian, ketika kem latihan Sukan Asia di Korea Selatan pula, saya mengalami kecederaan baharu pada pergelangan tangan kanan dan lutut kiri

“Tahun depan nak fokus ambil lesen dan kursus bagi sains sukan dan kejurulatihan. Tetapi sekarang masih fokus nak habiskan latihan amali,” kata atlet yang berasal dari Bintulu, Sarawak itu.

Bercita-cita untuk menjadi pegawai polis seperti bapanya, Nurul Hidayah berkata, keputusan untuk bersara telah pun dibincangkan dengan jurulatih Jin Jun Beom dan Yap Yih Tiing yang turut memberi banyak nasihat.

Antara pencapaian Nurul Hidayah sebelum ini ialah pingat perak pada Kejohanan Poomsae Taekwondo Dunia 2022 di Goyang, Korea Selatan bagi acara pasukan campuran bawah 30 tahun bersama Jason Loo.

Gandingan Nurul Hidayah-Jason juga meraih emas acara berpasukan campuran di Sukan SEA 2019 Filipina dan 2023 Kemboja, selain pingat perak bersama adiknya Nur Humaira dan Lim Jia Wei bagi acara berpasukan wanita di Kemboja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya