Morales sertai Harimau Selatan?

Morales sertai Harimau Selatan?

ROMAL Morales tidak akan bersama KL City musim 2024 tetapi tidak menyatakan hala tuju selepas ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain kelahiran Colombia yang baru mendapat status kerakyatan Malaysia, Romal Morales sah tidak akan bersama Kuala Lumpur (KL) City dalam kancah Liga Super pada musim 2024.

Morales yang bersama skuad Harimau Malaya di Qatar untuk mengharungi Piala Asia 2023 ketika ini mengucapkan selamat tinggal selepas tiga tahun menabur bakti bersama skuad The City Boys.

“Dari hari pertama, saya rasa sudah jadi sebahagian daripada keluarga. Setiap perlawanan, setiap sesi latihan merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Saya hargai kasih sayang dan sokongan yang diberi kepada saya dalam dan luar padang.

“Sekarang, saya bakal membuka lembaran baru dalam karier saya tetapi saya mahu anda tahu bahawa saya akan bawa anda semua bersama saya. Saya mendapat kawan untuk seumur hidup. Terima kasih untuk detik-detik menggembirakan.

“Dengan perasaan bercampur baur, selepas tiga tahun yang menakjubkan, telah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih yang tulus ikhlas kepada setiap orang di dalam kelab hebat ini,” tulis Morales dalam hantaran di laman sosialnya.

Bagaimanapun tiada sebarang bayangan mahupun pendedahan secara langsung mengenai majikan baharunya yang dikongsikan Morales kepada umum dalam hantaran terbabit.

Bersama KL City, Morales berjaya menjulang trofi Piala Malaysia 2021 selepas menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Selain itu, Morales turut membantu KL City mara ke perlawanan akhir dan bergelar naib juara Piala AFC 2022 dan dia meledak 25 gol dalam 81 penampilannya bersama skuad Warga Kota itu.

Sebelum menyertai KL City, Morales sempat beraksi selama semusim bersama Melaka United FC serta Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada tahun 2018 dan 2019.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu ruang komen di akaun instagram memberi bayangan pemain kelahiran Colombia itu akan sarung jersi Harimau Selatan dalam saingan Liga Super musim depan.

“Romel Morales akan mewakili Malaysia di Piala Asia di Qatar. Dia sekarang rakyat Malaysia dan…”,” tulis TMJ yang menimbulkan spekulasi dan seolah-olah memberi bayangan Morales akan menyertai JDT musim depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya