Malaysia akhiri Kelayakan Sukan Olimpik di tempat terakhir

Malaysia tewas 1-2 kepada Ukraine, tamatkan kempen Kelayakan Sukan Olimpik di tangga terakhir

Skuad hoki wanita negara tewas 1-2 kepada Ukraine dalam aksi Kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Valencia, Sepanyol hari ini. (FOTO: FIH)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara terus kempunan untuk melakar kemenangan pertama dalam kempen Kelayakan ke Sukan Olimpik Paris apabila tewas 1-2 kepada Ukraine dalam aksi penentuan tempat ketujuh/kelapan yang berlangsung di Valencia, Sepanyol sebentar tadi.

Skuad negara kendalian Nasihin Nublim Ibrahim beraksi baik pada separuh masa pertama apabila memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Begitupun Anastasiia Voievoda berjaya memastikan Ukraine di hadapan pada minit ke 45 menerusi pukulan sudut penalti.

Gol tersebut memberikan semangat buat barisan pemain Ukraine dan Valeriia Rudychenko menggandakan jaringan pada minit ke 52 menerusi pukulan sudut penalti.

Fatin Shafika Mahd Sukri cuba untuk merapatkan jurang menerusi gol padang pada minit ke 60 namun ia sudah terlewat untuk menghalang Ukraine daripada mencatatkan kemenangan.

“Saya agak kecewa kerana tewas kepada Ukraine tetapi saya rasa para pemain sudah memberikan yang terbaik, kami berjaya meraih beberapa peluang namun para pemain tidak begitu yakin untuk menyudahkannya.

“Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk mereka bertanding dalam kelayakan Sukan Olimpik, dan kita harus percaya dan bersabar untuk masa hadapan,” kata Nasihin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya