Malaysia rahsiakan pemain ke BATC

Malaysia rahsiakan pemain ke BATC

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedang mencongak barisan terbaik untuk mempertahankan gelaran juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang dijadual berlangsung di Setia Alam, Selangor pada 13 hingga 18 Februari ini.

Setakat ini hanya perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sahaja dikatakan akan membarisi skuad Malaysia, manakala baki dua lagi slot perseorangan lelaki dan tiga beregu lelaki serta skuad wanita juga masih belum diputuskan.

Kerisauan kem negara kini tertumpu kepada pemain perseorangan memandangkan status Ng Tze Yong masih belum dikenal pasti gara-gara mengalami kecederaan belakang di Terbuka Malaysia minggu lalu, dan pilihan yang ada seperti Leong Jun Hao, Aidil Sholeh, Justin Hoh dan Eogene Ewe belum cukup menyakinkan.

Kuota untuk beregu lelaki hampir pasti menjadi milik Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun tatkala Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjelaskan mereka tidak menyertai kejohanan kali ini.

Kejohanan ini bukan sahaja menawarkan mata ranking untuk ke Sukan Olimpik Paris namun dalam masa yang sama ia juga akan menjadi medan kelayakan untuk ke Piala Thomas/Uber yang akan berlangsung di Chengdu, China pada 28 April ini.

“Perbincangan masih sedang giat dijalankan bersama Pengarah Kejurulatihan, Rexy Mainaky tentang perkara ini dan kita ada sehingga 26 Januari untuk memuktamadkan pemain.

“Kemungkinan Rexy mahukan gabungan pemain senior dan junior kerana ini juga peluang terbaik untuk pendedahan kepada pemain muda.

“Dalam mana-mana kejohanan, kami memang mahukan keputusan yang terbaik. Untuk kali ini kami letakkan sasaran ke separuh akhir dahulu kerana nak layak ke Piala Thomas secara merit,” jelas Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika Majlis Pelancaran BATC di Setia Alam semalam.

Ketika ini sebanyak 15 pasukan telah mengesahkan penyertaan dengan India menjadi pasukan terawal mengumumkan barisan pemainnya yang terdiri daripada Lakhsya Sen, HS Prannoy, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty serta Pusarla Sindu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya