Langkah Tze Yong terhenti gara-gara kecederaan

Langkah Tze Yong terhenti gara-gara kecederaan

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malang menimpa pemain lelaki perseorangan negara, Ng Tze Yong apabila perjuangannya pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia terpaksa ditamatkan lebih awal gara-gara kecederaan belakang di Axiata Arena, hari ini.

Anak muda berusia 23 tahun itu memulakan aksinya berdepan wakil Jepun, Koki Watanabe dengan persembahan seimbang, namun, ketika kedudukan terikat 7-7 dalam set pertama, Tze Yong yang cuba melakukan ‘smash’ secara tiba-tiba berasakan sesuatu idak kena pada fizikalnya.

Pemain yang menghuni ranking No. 15 dunia itu akhirnya meminta mendapatkan rawatan di tepi gelanggang ketika ketinggalan 7-8 dan selepas itu, dia masih mahu meneruskan permainan, tetapi, pergerakan Tze Yong kelihatan agak terhad.

Kesakitan yang cuba ditahan Tze Yong mengakibatkan dia semakin keciciran di belakang 8-12 dan akhirnya anak kelahiran Johor itu akur untuk menarik diri daripada perlawanan tersebut.

Tze Yong berkata, dia hanya berasakan kesakitan itu ketika hendak menyempurnakan pukulan ‘smash’ dan bukannya sebelum masuk ke dalam gelanggang.

“Selepas buat ‘smash’ saya berasa sangat sakit dan saya berasa tegang di belakang, saya tak boleh bergerak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tze Yong turut melahirkan rasa kecewa kerana ditimpa kecederaan sewaktu bermain di hadapan penyokong sendiri dan ia bukanlah kemahuannya.

“Tiada pemain yang mahu ditimpa kecederaan dan saya harap akan dapat cari punca kesakitan yang saya alami, hari ini.

“Saya belum pernah mengalami kecederaan belakang dan ia berlaku ketika kejohanan di Malaysia pula, sehingga sekarang ini pun saya berasa sangat sakit,” ujarnya yang tidak pasti sama ada akan menyertai Terbuka India, minggu depan akibat kecederaan tersebut.

Kekalahan Tze Yong turut menyaksikan cabaran perseorangan lelaki Malaysia berakhir seawal pusingan pertama, selepas Lee Zii Jia tewas kepada Lu Guang Zu dari China 21-16, 19-21, 15-21, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya