Kejohanan Bola Baling Amal Terbuka UPM bantu keluarga Kamiley

Kejohanan Bola Baling Amal Terbuka UPM bantu keluarga Kamiley

ISTERI Allahyarham Kamiley Ngah, Nur Harneena Daud (duduk tengah) menerima sumbangan sebanyak RM1,500 menerusi penganjuran Kejohanan Bola Baling Amal Terbuka UPM, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Sebanyak 15 pasukan Bola Baling dari sekitar Lembah Klang menjayakan Kejohanan Bola Baling Amal Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Kursus Kokurikulum QKS2103 Bola Baling.

Kejohanan dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM itu dianjurkan bagi menghulurkan sumbangan kepada keluarga bekas pemain bola baling kebangsaan, Allahyarham Kamiley Ngah.

Kejohanan berkenaan dimenangi oleh Harun Boys A selepas berjaya menumpaskan Miley Old Boys 18-14 pada aksi final yang berlangsung di Pusat Sukan UPM hari ini, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Harun Boys B.

Kamiley meninggal dunia pada September tahun lalu selepas menderita kanser usus sejak Oktober 2019 dan sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat mencintai sukan bola baling dan tetap bergiat aktif biarpun ketika sakit.

Pencapaian terbaik Kamiley ialah meraih pingat gangsa di Sukan SEA 2003 (Hanoi, Vietnam) dan 2007 (Korat, Thailand) selain turut meraih pelbagai kejayaan di peringkat domestik mewakili kelabnya JJ Boys.

Penasihat kejohanan, Zool Hilmi Mohd Sokri berkata, sumbangan sebanyak RM1,500 telah diserahkan kepada isteri Allahyraham, Nur Harneena Daud bagi meringan beban keluarga selepas pemergian Allahyarham

“Terima kasih kepada semua 15 pasukan yang menyertai kejohanan ini. Melalui kejohanan ini, kami dapat kumpulkan sebanyak RM1,500 untuk diserahkan kepada keluarga Kamiley.

“Semoga sumbangan ini dapat meringan beban keluarga pada masa akan datang. Biarpun tidak banyak, ini adalah sebagai tanda penghargaan komuniti bola baling untuk Kamiley,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya