Kang In bagai sekuntum bunga - Klinsmann

Kang In bagai sekuntum bunga – Klinsmann

LEE Kang In mendapat pujian menggunung daripada Jurgen Klinsmaan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pemain tengah menyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang In kini menjadi anak emas jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann selepas mempamerkan aksi memukau dalam aksi pertama Piala Asia 2023.

Jurulatih kelahiran Jerman itu ternyata kagum dengan persembahan Kan In dan dia tanpa berselindung menggelarkan pemain itu sebagai ‘sekuntum bunga’ dalam skuad  Taeguk Warriors.

Kang In memperagakan kehebatannya ketika kemenangan 3-1 Korea Selatan ke atas Bahrain, Isnin lalu dengan menjaringkan dua gol pada babak kedua di Doha.

Gaya permainanya memukau dan hantaran setajam pisau cukur membayangi rakan sepasukan Son Heung Min, sekali gus membantunya meraih anugerah pemain terbaik perlawanan.

Kang In tidak pernah dipercayai jurulatih sebelum Klinsmann, Paulo Bento, yang sering kali menggunakannya sebagai pemain gantian pada Piala Dunia 2022.

Namun Klinsmann menjadikan pemain berusia 22 tahun itu sebagai tonggak utama pasukannya sejak mengambil alih setahun lalu dan Kan In membuktikan pemilihannya adalah tepat.

“Kang In sedang muncul. Dia seperti sekuntum bunga yang mula mekar,” kata Klinsmann

Kang In menyertai PSG dari Real Mallorca pada musim panas lalu dan mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan utama juara Perancis itu.

Dia menjaringkan tiga gol buat kelabnya, yang kini mengungguli liga domestik selain layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN