Pearly-Thinaah fokus diri sendiri

Kami baik-baik sahaja – Pearly/Thinaah

Pearly Tan dan M. Thinaah ditemu bual media selepas menguji gelanggang di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seperti selalu Pearly Tan-M. Thinaah akan memberi jawapan selamat menjelang mana-mana kejohanan yang mereka sertai dan kali ini beregu wanita No. 1 negara itu turut bertindak serupa tentang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang bermula hari ini.

Jawab mereka mudah iaitu mahu fokus kepada perlawanan dan menikmati pertarungan sebaik mungkin apabila bakal berdepan ujian getir menentang beregu No. 8 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China di Axiata Arena.

“Kami berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja, harap dapat mengharungi permainan yang lancar, esok dan untuk hari ini (semalam) kami berehat sebaik mungkin.

“Saya cuma mahu menikmati permainan kami dan memberikan yang terbaik, kami gembira beraksi di laman sendiri dan kami hanya fokus untuk memberi sokongan antara satu sama lain,” kata Thinaah kepada pemberita selepasi sesi menguji gelanggang di sini, semalam.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-duanya yang menghuni ranking No. 12 dunia itu memiliki kelebihan apabila dua pertembungan sebelum ini berpihak kepada mereka.

Pearly pula ketika diajukan persoalan tentang persediaannya, turut memberi jawapan sama dengan Thinaah apabila dia mahu fokus kepada setiap perlawanan.

“Lebih baik kami beri tumpuan kepada permainan, selain, meningkatkan persefahaman kami serta memberikan yang terbaik dalam perlawanan nanti,” ujarnya.

Pencapaian terbaik Pearly-Thinaah pada kejohanan berstatus Super 1,000 itu ialah sekadar di suku akhir sejak menyertai Terbuka Malaysia pada 2021 dan Malaysia tidak memenangi gelaran dalam kategori beregu wanita kira-kira hampir 60 tahun lalu sejak kali terakhir menerusi Rosalind Sinha Ang-Teoh Siew Yong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya