Jun Hao cemerlang cipta kejutan di Masters Indonesia

Jun Hao cemerlang cipta kejutan lepasi halangan pusingan pertama Masters Indonesia

LEONG JUN HAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menjadi salah seorang wakil negara yang cemerlang meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Masters Indonesia yang berlangsung hari ini.

Bagi aksi pusingan pertama yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta hari ini, Jun Hao yang telah bertarung di pusingan kelayakan semalam meneruskan momentum untuk menumbangkan pemain No. 11 dunia,Kenta Nishimoto dari Jepun dengan keputusan 21-17, 21-17.

Turut sama mengikut jejak langkah Jun Hao merupakan bekas jaguh Asia, Lee Zii Jia yang menyingkirkan pemain India, K. Srikanth dengan keputusan 19-21, 21-14, 21-11.

Tiga beregu campuran negara juga tidak mengecewakan antaranya Shevon Lai dan Goh Soon Huat berjaya mengenepikan Ruttanapak Outphong-Jhenicha Sudjaipraparat dengan keptusan 21-15, 21-15.

Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pula menumpaskan Mathias Thyrri-Amalie Magelund dengan keputusan 21-19, 18-21, 21-19, manakala Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula diberikan kemenangan percuma ke atas wakil Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.

Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang tidak dapat beraksi di Terbuka India minggu lalu pula melepaskan geram dengan menumpaskan pasangan Republik Czech, Ondrej Kral-Adam Mendrek dengan keputusan 21-11, 21-10.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya