Jangan layan provokasi di media sosial

Jangan layan provokasi di media sosial

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Doha, Qatar, semalam menjelang kempen Piala Asia 2023 menentang Jordan pada 16 Januari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mahu skuad Harimau Malaya terus fokus dan tidak terganggu dengan provokasi netizen di media sosial ketika mengharungi kempen Piala Asia 2023 yang akan membuka tirai di Doha, Qatar bermula hari ini.

Safee yang beraksi di posisi serangan berpendapat sorotan media sosial Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang sering memaparkan skuad Malaysia seperti bintang muda Arif Aiman Mohd Hanapi, seharusnya dijadikan penyuntik semangat buat barisan pemain negara.

“Dengan tumpuan diberikan , saya harap ia boleh menjadi penyuntik semangat kepada pasukan serta pemain, supaya lebih yakin dengan keupayaan diri sendiri. Saya harapkan mereka akan pergi jauh dan jangan terganggu dengan sebarang provokasi di media sosial.

“Secara jujur memang saya tengok Arif Aiman sedang berada dalam prestasi yang serta dia punya momentum sangat baik dengan turut dicalonkan antara pemain yang akan diawasi atau pemain muda yang akan menyelah dalam kejohanan kali ini.

“Memang saya akui perkara itu dan saya rasa bukan untuk mendapat reaksi jabatan netizen Malaysia, tetapi pasukan kita mempunyai prestasi baik dan saya mengharapkan kita boleh pergi jauh meskipun berdepan laluan sukar dalam Kumpulan E.

“Oleh itu dengan tumpuan yang diberikan, ianya memberikan semangat kepada pasukan kita dan pemain kita lebih yakin dalam keupayaan diri sendiri yang mana sangat penting dalam kejohanan seperti ini. Saya harapkan mereka akan pergi jauh tetapi jangan terganggu dengan sebarang provokasi daripada media sosial,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan pertama skuad bimbingan Kim Pan Gon menentang Jordan pada 16 Januari, Safee melahirkan harapan agar skuad Harimau Malaya dapat mengekalkan fokus mereka sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

“Harap kita fokus permainan demi permainan, dengan perlawanan pertama menentang Jordan. Kita kena beri sehabis baik sebab main satu permainan bukan timbal balik, jadi tiap permainan kena buat yang terbaik dalam 90 minit  untuk kutip mata, mata maksimum.

“Saya mengharapkan kita akan bermula dengan baik ketika bertemu Jordan sebab kita berjaya mengikat Syria ketika perlawanan ujian. Itu sedikit sebanyak persiapan yang baik untuk pasukan dan kita juga sampai awal di Qatar dan ada kelebihan sebab kita dah sesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan padang di sana,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya