Hoki Piala Dunia 5s: Malaysia lakar sejarah mara ke perlawanan

Hoki Piala Dunia 5s: Malaysia lakar sejarah mara ke perlawanan akhir

PEMAIN negara meraikan kejayaan mara ke final Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas menumpaskan Poland 4-3 di peringkat separuh akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara melakar sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas berjaya menumpaskan Poland 4-3 di separuh akhir, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Hoki Muscat, Oman itu anak-anak buah Wallace Tan menunjukkan semangat juang cukup tinggi untuk menguasai permainan biarpun Poland cuba bangkit pada lewat permainan.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan gol Malaysia dijaringkan Ishak Arif pada minit ke-7 menerusi penalti stroke sebelum Poland bangkit menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi Damian Jarzembowski.

Malaysia mara ke final Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas berjaya menumpaskan Poland 4-3 pad aaksi separuh akhir.-IHSAN FIH

Bersambung pada babak kedua, Malaysia tidak menunggu lama untuk kembali dihadapan apabila Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin berjaya menjaringkan gol padang pada minit ke-19.

Jaringan itu ternyata menyemarakkan semangat anak-anak buah Wallace dan kapten negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook berjaya meledak dua jaringan padang pada minit ke-22 dan m-24.

Tersentak dengan jaringan itu, Poland menggandakan asakan pada lewat perlawanan dan mereka berjaya merapatkan kedudukan menerusi dua jaringan Wojciech Rutkoski (m-27) dan Jakub Holosyniuk (m-30).

Keputusan 4-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan Malaysia akan berdepan Belanda di pentas akhir esok selepas skuad The Oranje menumpaskan tuan rumah Oman 5-3 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Alhamudlillah, kami berjaya melakukan segalanya…Permulaan kami seri dengan Oman dan kemudinnya kami bangkit semula dan menang. Semangat juang dan moral semua pemain sangat tinggi, ada satu lagi perlawanan dan kami akan fokus untuk melakar sejarah.

“Belanda ada pemain yang bagus dan mereka juga di ranking No.1 dunia sekarang. Kami kena lawan dan buat Malaysia bangga, kami akan buat yang terbaik, fokus dan kami akan berjuang hingga wisel penamat,” kata Akhimullah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya