Harimau Malaya perlu elak jalan sukar

Harimau Malaya perlu elak jalan sukar

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (tengah) dijangka terus mendapatb kepercayaan Kim Pan Gon dalam kempen Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjaga gol utama Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tidak mahu Malaysia memilih jalan sukar dalam kempen Piala Asia 2023 dan perlu melangkah dengan ‘kaki kanan’ dalam kejohanan berprestij di benua Asia itu.

Syihan berkata, Harimau Malaya perlu turun dengan misi wajib menang dan mengutip tiga mata penuh dalam aksi pertama menentang Jordan pada 16 Januari ini bagi mencerahkan peluang Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan itu.

“Yang paling penting sekali adalah untuk fokus perlawanan pertama. Kita kena bagi lebih 100 peratus dan kena kutip mata (lawan Jordan). Ia penting untuk kita untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam kejohanan besar ini,” kata Syihan.

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, persiapan pasukan ketika ini berada pada tahap yang terbaik dan para juga pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika aksi persahabatan menentang Syria Selasa lalu yang berkesudahan seri 2-2.

“Semua pemain yang diturunkan memberikan aksi yang terbaik tidak kira berapa minit mereka bermain dalam perlawanan tersebut. Perlawanan itu sangat positif untuk pasukan kita sebagai persiapan menentang Jordan untuk aksi pertama.”

“Kita tidak boleh terlalu fokus ke depan, kita kena hadapi tentangan Jordan terlebih dahulu dan cuba memanfaatkan perlawanan pertama. Kami sedang persiapkan fizikal dan mental dan setakat ini semua pemain sudah bersedia.” ujar Syihan.

Dalam perkembangan lain, Syihan turut berkongsikan sokongan dan kata-kata semangat yang diterima daripada pemain senior seperti Farizal Marlias dan Khairul Azhan.

“Semua pihak memberikan sokongan dan semangat, bukan untuk saya sahaja tetapi untuk Azri Ghani dan Sikh Izhan. Sebagai penjaga gol, saya mengambil pendapat dan mendengar pengalaman daripada rakan-rakan penjaga gol yang lebih berpengalaman.

“Bukan saya sahaja tetapi semua pemain dan jurulatih yakin namun kita tidak boleh terlalu mendabik dada. Pasukan lawan turut lakukan persiapan jadi kita kena bersedia,” kata Syihan yang dijangka kekal mengemudi benteng terakhir Harimau Malaya.

Malaysia bakal bertemu Jordan pada 16 Januari ini manakala Korea Selatan akan turun menentang Bahrain untuk aksi pertama peringkat kumpulan E Piala Asia 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya