Hannah persoal peluang badminton ke Olimpik 

Hannah persoal peluang badminton ke Olimpik 

HANNAH Yeoh dan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim bersama penerima Anugerah Olahraga Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi hambar yang dipamerkan oleh skuad badminton negara pada kejohanan Terbuka Malaysia turut mengundang persoalan sejauh mana persediaan dan kemampuan pemain untuk mendapatkan tempat beraksi ke Sukan Olimpik Paris, Julai ini.

Persembahan lemah skuad negara ternyata menggusarkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh apabila tiada seorang pun wakil negara yang layak beraksi di pentas akhir kejohanan.

Dalam kejohanan itu, hanya Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara hingga ke suku akhir, namun tewas kepada lawan masing-masing.

Hannah menegaskan, sepatutnya pemain negara mengambil serius terhadap persembahan hambar mereka pada kejohanan tersebut apatah lagi mencari tempat ke Sukan Olimpik.

“Saya mahu mereka pastikan dapat layak (Sukan Olimpik Paris 2024) dan ambil serius berhubung perkara ini. Bukan semua dapat peluang ini dan belum tentu ada peluang kedua buat mereka pada temasya Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles

“Tentu pasti kecewa kerana ini adalah tahun kedua perlawanan akhir tiada atlet kita (Malaysia). Kita mahu atlet podium bukan sahaja badminton kerana mereka sekarang ini akan tandatangan untuk menerima gaji.

“Jadi atlet kena lihat bahawa latihan sahaja tidak cukup kerana rakyat Malaysia mendoakan mereka serta mahu lihat hasilnya,” katanya  kepada pemberita selepas Majlis Malam Anugerah Olahraga Malaysia.

Hannah berkata, masa semakin suntuk dan hanya berbaki beberapa bulan untuk atlet terbabit ke Paris bagi menyertai acara yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

Khamis lalu, KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.

Ini bermakna sejumlah 307 atlet dan 86 atlet para di bawah program itu menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya