Geraldes import baharu JDT

Geraldes import baharu JDT

FRANCISCO GERALDES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan Francisco Geraldes selaku pemain import baharu untuk saingan musim 2024/2025.

Seperti kebiasaan yang dilakukan skuad Harimau Selatan, kehadiran pemain berasal dari Portugal itu diumumkan menerusi satu hantaran klip video di laman sosial JDT.

Geraldes sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab terkemua Liga Portugal seperti Sporting Lisbon dan Rio Ave dengan kali terakhir bergelar pemain import di Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama pasukan Baniyas.

Untuk musim baharu, JDT kehilangan empat pemain import selepas Diogo Luis Santo mengesahkan persaraan selain melepaskan khidmat Leandro Velazquez dan Fernando Forestieri manakala kontrak Heberty selaku pemain pinjaman juga tidak disambung.

Pemain berumur 29 tahun itu merupakan arkitek di bahagian tengah dan dipercayai akan memainkan peranan besar bersama JDT selepas kelab itu melepaskan beberapa tonggak utama.

Geraldes merupakan import baharu kedua yang diumumkan Harimau Selatan selepas kelab yang dimiliki Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu mengumumkan kehadiran pemain import dari Syria, Jalil Elias.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya