Buang rasa takut lawan Korea Selatan

Buang rasa takut lawan Korea Selatan

PEMAIN-pemain Harimau Malaya menjalani latihan terakhir, semalam menjelang menentang Korea Selatan dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar, hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui pasukan Korea Selatan yang bakal menentang anak-anak buahnya pada aksi terakhir Kumpulan E hari ini sebuah pasukan sempurna dan menjadi pilihan untuk beraksi di final Piala Asia 2023.

Begitupun, beliau dan barisan kejurulatihan telah mengenal pasti beberapa perkara yang mampu dimanfaatkan pemain Harimau Malaya dalam memburu keputusan positif.

Pan Gon yang juga jurulatih kelahiran Korea Selatan menyeru barisan pemainnya untuk turun bermain dengan penuh keberanian dan tidak perlu mempunyai perasaan takut.

“Ini satu cabaran besar buat pemain menentang pasukan gergasi Asia dan ‘nothing to lose’ untuk kita. Turun dengan berani dan jangan takut.

“Secara umumnya Korea Selatan pasukan yang kuat, sukar mencari kelemahan dan mereka pasukan pilihan untuk berakhir di final. 

“Namun, kita ada taktikal tersendiri untuk berdepan mereka tetapi ia tidak boleh didedahkan di sini,” katanya pada sidang media pra perlawanan Kumpulan E, Malaysia menentang Korea Selatan, semalam. 

Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan besar Malaysia akan pulang dengan tangan kosong iaitu tanpa mata dan gol namun Pan Gon menegaskan, perkara itu tidak terlalu penting.

Sebaliknya, pengalaman diraih di Qatar amat penting untuk persediaan pasukannya dalam mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Apa yang berlaku di sini tanggungjawab saya sepenuhnya dan saya akan letakkan segala perkara negatif sejauh mungkin dan mahu sentiasa positif dengan pasukan.

“Bagi saya satu atau dua gol tidak penting dan tidak memberi sebarang makna. Kita tidak tahu apa bakal berlaku kenapa anda (media) tidak jangka kami mampu menang esok (hari ini) kerana apa sahaja boleh berlaku (dalam bola sepak.

“Misi untuk ke peringkat 16 terbaik telah berakhir tetapi segala pengalaman di sini sangat berharga untuk kami membuat persediaan bagi mengharungi aksi kelayakan (Piala Dunia dan Asia),” ujarnya.

Dalam pada itu, kapten pasukan Dion Cools tetap yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya untuk memberi saingan sengit kepada Korea Selatan.

“Kami akan beri yang terbaik dan cuba untuk membanggakan Malaysia. Menentang pasukan seperti Korea Selatan merupakan impian setiap pemain, ia akan memberi pengalaman yang sangat bagus untuk kami,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya