Arul ‘pening’ congak barisan ke Muscat

Arul ‘pening’ congak barisan ke Muscat

ARUL Selvaraj masih boleh menarik nafas lega apabila beberapa pemain lain yang dibelenggu kecederaan sebelum ini seperti Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Fitri Saari, Shafiq Hassan dan Shello Silverius sudah kembali menjalani latihan seperti sedia kala. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai 18 pemain yang akan menggalas cabaran skuad hoki negara di kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 bakal diketahui hari ini dengan jangkaan beberapa tonggak utama terpaksa disisihkan.

Antaranya adalah penyerang utama, Faizal Saari yang masih dalam pemantau pasukan perubatan biarpun kejohanan kelayakan itu akan berlangsung dalam tempoh 10 hari sahaja lagi.

Begitupun, pengendali negara, Arul Selvaraj masih boleh menarik nafas lega apabila beberapa pemain lain yang dibelenggu kecederaan sebelum ini seperti Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Fitri Saari, Shafiq Hassan dan Shello Silverius sudah kembali menjalani latihan seperti sedia kala.

Selain itu, Arul turut memanggil seramai lapan pemain remaja yang beraksi di Piala Dunia Remaja bulan lalu sebagai pelan sokongannya untuk memperkuatkan pasukan.

“Situasi Faizal akan terus dipantau dan keputusan menyenaraikan 18 pemain terakhir akan dibuat malam ini (semalam), pada perlawanan ujian dalam kalangan pemain kita sahaja.

“Mungkin anda boleh mengagak 15 hingga 16 nama, mudah bagi saya dan juga mana-mana jurulatih. Tetapi untuk satu atau dua tempat lagi agak susah untuk kita membuat pemilihan.

“Tetapi 18 pemain yang kita bawa adalah bebas daripada kecederaan,” jelas Arul yang ditemui selepas sesi latihan skuad negara di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

Aksi di Muscat 15 Januari depan bakal menjadi tiket terakhir buat Arul dan keseluruhan pasukan Speedy Tigers untuk menamatkan kemarau 23 tahun beraksi di Sukan Olimpik selepas beraksi hambar di Sukan Asia Hangzhou 2022 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya