Apa masalah Speedy Tigers?

Apa masalah Speedy Tigers?

PEMAIN Speedy Tigers yang beraksi di Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung di Muscat, Oman.-IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan kepada skuad hoki kebangsaan setelah gagal dalam kempen kelayakan ke Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman.

Penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, siasatan itu perlu dilakukan sukan itu kembali diberi nafas baharu setelah gagal menamatkan kemarau 24 tahun gagal layak ke Sukan Olimpik.

“Nampaknya bedah siasat secara forensik dan menyeluruh perlu dilakukan terhadap skuad hoki agar sukan ini yang dulunya diwakili oleh pelbagai suku bangsa dan kaum kembali dekat di hati peminat dan kembali menggerunkan pasukan lawan.

“Jika tidak sukan hoki kita akan terus ‘struggle’ dengan prestasi yang terumbang ambing seperti terjadi di kejohanan kelayakan in. Jika masih berterusan, kita tidak akan ke mana-mana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Speedy Tigers gagal menempatkan diri ke separuh akhir aksi Kelayakan Olimpik selepas menamatkan saingan kumpulan di tempat tercorot dengan satu mata di belakang Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A.

Anak-anak buah Arul Selvaraj mempamerkan prestasi di bawah par pada aksi kelayakan apabila tumpas kepada China 2-3 pada perlawanan pertama sebelum tunduk 1-4 kepada Great Britain dan seri 3-3 dengan Pakistan dalam perlawanan terakhir.

Kali terakhir Speedy Tigers ke Sukan Olimpik adalah pada 2000 di Australia dan menduduki tempat ke-11 di bawah bimbingan jurulatih tempatan iaitu Stephen Van Huizen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya