Young Tigers tidak sabar menentang Chile

Young Tigers tidak sabar jumpa Chile

PEMAIN kebangsaan menjalani latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menjelang pertemuan pertama peringkat kumpulan menentang Chile dalam Piala Dunia Remaja 2023 esok. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menajamkan pukulan sudut penalti menjadi keutamaan ketua jurulatih skuad hoki remaja negara, Muhammad Amin Rahim menjelang aksi pertama peringkat Kumpulan A Piala Dunia Remaja 2023 bertemu Chile, esok.

Muhamad Amin berkata, kelemahan pukulan sudut penalti semasa Piala Sultan Johor (SOJC) sudah diperbaiki dalam sesi latihan dan beliau berharap para pemain lebih kreatif dan menggunakan kesempatan untuk hasilkan gol untuk pasukan.

“Apa yang kita sedang buat pada ketika ini ialah memperkukuhkan lagi struktur dari pertahanan dan menyerang. Sudah tentu tumpuan kita selepas SOJC adalah pukulan sudut penalti,” katanya selepas sesi latihan pasukan, semalam.

Dalam masa yang sama, Muhammad Amin mahu para pemain memberi tumpuan dan mengekalkan konsistensi dalam tempoh 60 minit bagi membolehkan pasukan meraih keputusan positif dalam perlawanan pertama.

“Kalau tengok SOJC sebelum ini. kita boleh katakan kita bermain di suku ketiga dan keempat… masa itu baru nampak kita bersedia untuk bermain. Berbeza pula di Piala Asia, kita bermain dua suku dengan baik dan dua terakhir agak lemah.

“Jadi kita ada dua senario dan kita berusaha supaya kita boleh konsisten di sepanjang 60 minit permainan. Saya rasa, dari segi latihan, kita memang fokus dan pemain juga sedar masalah itu dan kita bersedia untuk perlawanan.” katanya.

Dalam pada itu, kapten skuad Young Tigers, Muhamad Faris Harizan berkata, kehadiran penyokong di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dapat membantu meredakan tekanan ketika skuad negara berdepan pasukan terbaik dunia pada kejohanan kali ini.

“Kita sudah bersedia sepenuhnya dan berada dalam keadaan cergas. Sudah semestinya cabaran besar kerana semua pasukan hadir dengan pemain terbaik mereka dan akan beri saingan sengit kepada kami.

“Namun, dengan kelebihan beraksi di laman sendiri dan ‘pemain ke-12’ yang beri sokongan dan semangat, Insya-Allah kita akan tampil dengan prestasi terbaik dan beri segalanya di atas padang,” katanya yang baru pulih daripada kecederaan pangkal paha.

Selepas bertemu Chile, Malaysia akan bertemu juara bertahan, Argentina pada 6 Disember sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan bertemu Australia 8 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya