Young Tigers ketinggalan 1–4

Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023: Young Tigers ketinggalan 1–4

REAKSI pemain Australia ketika berdepan Malaysia dalam perlawanan Piala Dunia Remaja 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja negara ketinggalan 1-4 sebaik dua suku pertama berakhir dalam perlawanan Kumpulan A pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Pintu gol Young Tigers dibolosi seawal minit ke-2 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Cooper Burns.

Gawang Malaysia yang dikawal oleh Muhamad Rafaizul Mohamad Saini bocor lagi selang empat minit selepas itu dan kali ini skuad bimbingan Jay Stacy itu meledakkan gol kedua mereka menerusi Jake Lambeth hasil jaringan padang.

Barisan pemain muda negara kelihatan bergelut untuk menguasai bola yang dikawal baik oleh Australia dan aksi kurang bermaya yang dipamerkan Young Tigers telah membuka laluan kepada gol ketiga Australia yang dijaringkan oleh Cambell Geddes hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-15.

Anak-anak buah Muhammad Amin Rahim akhirnya berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-21 setelah rembatan kencang Harris Osman menerjah ke gawang Australia pada minit ke-21.

Bagaimanapun, pintu gol Young Tigers kembali dibolosi dan Lambeth sekali lagi menjadi duri dalam daging buat skuad muda negara apabila meledakkan gol keempat hasil jaringan padang pada minit ke-28. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya